APA

Apa Itu Youtube?


YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web2.0 yang popular. Satu artikel terbaru di Wired menyatakan bahawa sebanyak 65,000 video dimuat naik dan 100 juta video ditonton setiap hari di YouTube (Godwin-Jones2007).

Kandungan YouTube boleh merangkumi animasi, rakaman acara awam, rakaman peribadi rakan-rakan – hampir apa sahaja yang ingin disiarkan – kecuali kandungan yang menyalahi undang-undang atau yang menjelikkan dan berbentuk penghinaan. Rakaman video boleh berbentuk informasi, hiburan, pujukan atau peribadi semata-mata. Sebagai satu aplikasi sosial yang semakin dikenali, YouTube membolehkan pengguna menyiarkan dan memberikan tag kepada video, menonton video yang disiarkan oleh orang lain, menyiarkan komen dalam bentuk perbincanganberangkai, mencari kandungan melalui kata kunci atau kategori,  serta membina dan menyertai kumpulan semasa. YouTube boleh dihubungkan dengan aplikasi blog lain, dan ini memberi pengguna satu cara pantas untuk membuat blog mengenai sesuatu video dan menyertakan pautan kepadanya. Pengguna boleh membaca profil individu yang menyiarkan atau memberikan komen kepada sesuatu video, menonton video kegemaran mereka dan menghubungi individu tersebut.

YouTube diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja dinobatkan “Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006″ oleh majalah TIME. Pada Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006.

YouTube diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal. Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign. Nama domain “YouTube.com” diaktifkan pada 15 Februari 2005, dan laman web dibangun pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kali secara rasmi.

Seperti mana kebanyakan syarikat teknologi yang baru, YouTube bermula sebagai sebuah usaha yang dibiayai oleh sebuah pejabat yang kecil dan murah. Pada November 2005, Sequoia Capital, syarikat modal usaha niaga, melabur AS$3.5 juta; selain itu, Roelof Botha, pekongsi syarikat serta bekas Ketua Pegawai Kewangan PayPal, menyertai lembaga pengarah YouTube. Pada April 2006, Sequoia melabur lagi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah mengalami kepopularan dan pertumbuhan yang pesat dalam hanya beberapa bulan pertama kewujudannya.

Dengan ini, YouTube merupakan laman perkongsian video yang terbesar secara literalnya menjadi televisyen pada zaman ini. Dengan ulang tahun keenam YouTube, berikut merupakan 10 fakta menarik tentangnya:

1. Video Teratas
Video “Baby”, Justin Bieber memegang rekod paling banyak ditonton. Dengan 645,000,000+ tontonan,ia berada di kedudukan teratas  manakala video “Bad Romance”, Lady Gaga berada tempat kedua dengan lebih 422 juta tontonan.

2. Kunjungan Pelawat

Kunjungan pelawat di YouTube setiap hari adalah sangat tinggi iaitu setinggi 45,000,000 pelawat.

3. Iklan Paling Popular

Menerima 1,000,000 tontonan, iklan ‘touch of gold’ Nike yang dirakam pada tahun 2005 merupakan iklan yang paling popular setakat ini. Ia adalah disebabkan oleh pemain bola sepak Brazil, Ronaldinho telah membintangi iklan tersebut.

4. Saluran Rasmi

‘The royal channel’, saluran khusus untuk aktiviti-aktiviti Di Raja Britain, dari makan malam amal Krismas mereka hingga ke majlis perkahwinan mereka, telah dilancarkan oleh Ratu pada tahun 2007. Selepas itu, Pope dan Presiden Amerika Syarikat Barak Obama melancarkan saluran rasmi mereka pada awal tahun 2009.

5. Panjang Masa Semua Video

Untuk membuat, atau merekod semua video di YouTube,ia akan mengambil masa 1700 tahun .

6. Panjang Masa Video Dimbas Setiap Hari

YouTube mempunyai sistem hak cipta. Ia mempunyai hak untuk menyekat atau membuat wang dari video yang tidak dibenarkan. Bilangan ID diimbas setiap hari  oleh laman web ini adalah setinggi 100. Salah satu faktor bagi hal ini adalah bebas daripada kos perkhidmatan , dan ia sedang digunakan oleh 1000 rakan kongsi kandungan di seluruh dunia.

7. Bukan Trafik Amerika

Tujuh puluh peratus daripada trafik di YouTube datang dari luar Amerika Syarikat.

8. Panjang Masa Video Dimuatnaik Setiap hari

Hingga Mei 2009, 20 jam video telah dimuat naik ke YouTube setiap minit. Trend ini telah menunjukkan peningkatan dua puluh peratus.

9. Perkhidmatan Setempat

YouTube juga menyediakan perkhidmatan setempat kepada beberapa negara, iaitu menampilkan bahasa mereka dan video paling banyak dilayari dan sebagainya , 23 negara menikmati perkhidmatan ini. YouTube telah diterjemahkan ke dalam dua puluh empat bahasa.

10. Masa Yang Digunakan Pengguna YouTube

Purata seorang pengguna menggunakan sekurang-kurangnya 15 minit sehari di YouTube, kurang lima jam dari televisyen. YouTube telah menyasarkan untuk meningkatkan purata ini lebih daripada televisyen.

 sumber dari http://www.scribd.com /  http://jomclick.blogspot.com

oleh :

Shaidawati Jusoh
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Seksyen Teknologi Maklumat

About Unknown

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.